Monday 27 July 2015

ALL LADIES TREASURE HUNT 2015

Mencari Harta Karun 2015 khas untuk wanita



Syarat-syarat penyertaan 


Borang penyertaan


Tuesday 21 July 2015

Solat Sunat Tasbih - pix 2




























MAJLIS KHATAM AL-QURAN - pix 1

BENITA ANJUR MAJLIS KHATAM AL-QURAN, SOLAT SUNAT TASBIH


KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Kesibukan bekerja di bulan Ramadan bukan penghalang bagi anggota Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bernama (Benita) untuk mempertingkatkan ibadah dengan menyertai program tadarus Al-Quran.
Pengerusi Benita, Rohana Mustaffa berkata program tahunan tadarus Al-Quran yang diadakan tiga kali seminggu sejak 1 Ramadan iaitu bersamaan 18 Jun lalu itu disertai oleh 41 peserta dalam usaha mengimarahkan bulan Ramadan al-Mubarak ini. 

"Sambutan yang diterima sangat membanggakan kerana program ini nyata memberikan kesempatan kepada muslimat untuk bertadarus di tempat kerja berikutan tidak sempat melakukannya di rumah. 

"Malahan ia juga dapat mengisi masa lapang mereka dengan majlis ilmu selain mempelajari kaedah membaca Al-Quran dengan betul," katanya kepada Bernama selepas Majlis Khatam Al-Quran dan Solat Sunat 

Tasbih di Surau Wisma Bernama, di sini, hari ini. Sepanjang program itu, peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan diamanahkan dengan sekurang-kurangnya tiga juzuk bacaan Al-Quran.

Majlis yang dipimpin oleh Ustazah Siti Hajar Saad daripada Perpustakaan Negara Malaysia itu turut dihadiri warga kerja wanita Islam pertubuhan itu. -- BERNAMA

Sepatu Raya 2015 - pix 3